Masih ingatkah dengan perkahwinan pasangan
muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada
17 November 2013?Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran
usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu
itu.
Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas
mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang
Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.
Bagaimanapun, kami
terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah
disahkan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Syariah Kulim.Lebih dahsyat
lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah
sampai begitu sekali lafaznya.
Perceraian yang kurang seminggu dari ulang
tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya,
memetik laporan Harian Metro.Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan
itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja.
Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak
bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai
untuk menenangkan fikiran.Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi dikatakan
belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah
yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas
ini.Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur
minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan
rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Ramai yang menjadikan ‘elak zina’ sebagai
alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal
kebenarannya.
Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa
perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi
pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat.Apapun, kami doakan yang
terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka
selepas ini.-mynewshub.my




No comments:
Post a Comment